Darul Hidayah amat prihatin dengan saudara Islam Rohingya yang kini memerlukan bantuan asas bagi meneruskan kehidupan mereka di kem-kem pelarian di kawasan pendalaman Bangladesh. Di kem pelarian Rohingya terdapat lebih kurang 600,000 pelarian di mana mereka terpaksa tinggal dalam keadaan penuh sesak serba kekurangan.
Atas keprihatinan ke atas isu global ini, pihak Darul Hidayah telah mengadakan pertemuan dengan persatuan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di Kuala Lumpur pada 31 Okt 2017 untuk membincangkan kerjasama terhadap projek bantuan kecemasan Rohingya.
Dengan kerjasama ini, diharapkan ia memberi peluang kepada masyarakat Islam Singapura untuk turut bersama dalam membantu mangsa-mangsa seIslam kita dari masyarakat Rohingya.
Maklumat Bantuan :
Tujuan bantuan kecemasan ini adalah bagi menghantar bantuan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian yang berpusat di Bangladesh pada 9hb – 19hb November 2017. Antara Kem Pelarian yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut :
- Balukhali MS
- Mainnerghona
- Turut berusaha untuk memasuki kem-kem pelarian di kawasan pedalaman Bangladesh yang lain.
Dana ini akan dibahagikan kepada 5 bantuan utama yang akan diberikan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian tersebut. Antara bantuannya adalah seperti berikut :
1) Bantuan Makanan Asas
2) Bantuan Khemah
3) Bantuan Kebersihan
4) Bantuan Pendidikan & Keceriaan.
5) Bantuan Umum
Tarikh tutup sumbangan : 5 November 2017
Cara Membuat Sumbangan :
1) Datang Ke Pejabat Kami (sila tetapkan temujanji terlebih dahulu)
2) Secara Online mengunakan borang di bawah ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi kami di talian 9023 0044 / 8298 5485.
Untuk Sumbangan secara Internet Banking / Bank Transfer
POSB Saving Account: 188-19413-3
OCBC Current Account: 588–0-05439001
Maybank Singapore : 1413-4011-817
Please select preferred bank by ‘CLICK’ below icon to begin payment.
Confirmation of Sponsorship/Donation
Isikan borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan setelah anda membuat pembayaran. Anda akan menerima pengesahan secara automatik setelah menghantar borang tersebut. Semudah itu.













