Bantuan Kecemasan Rohingya

Darul Hidayah amat prihatin dengan saudara Islam Rohingya yang kini memerlukan bantuan asas bagi meneruskan kehidupan mereka di kem-kem pelarian di kawasan pendalaman Bangladesh. Di kem pelarian Rohingya terdapat lebih kurang 600,000 pelarian di mana mereka terpaksa tinggal dalam keadaan penuh sesak serba kekurangan.

Atas keprihatinan ke atas isu global ini, pihak Darul Hidayah telah mengadakan pertemuan dengan persatuan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di Kuala Lumpur pada 31 Okt 2017 untuk membincangkan kerjasama terhadap projek bantuan kecemasan Rohingya.

Dengan kerjasama ini, diharapkan ia memberi peluang kepada masyarakat Islam Singapura untuk turut bersama dalam membantu mangsa-mangsa seIslam kita dari masyarakat Rohingya.

Sumbangan ke MVM Rohingya

Maklumat Bantuan :

Tujuan bantuan kecemasan ini adalah bagi menghantar bantuan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian yang berpusat di Bangladesh pada 9hb – 19hb November 2017. Antara Kem Pelarian yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Balukhali MS
  • Mainnerghona
  • Turut berusaha untuk memasuki kem-kem pelarian di kawasan pedalaman Bangladesh yang lain.

Dana ini akan dibahagikan kepada 5 bantuan utama yang akan diberikan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian tersebut. Antara bantuannya adalah seperti berikut :

1) Bantuan Makanan Asas

2) Bantuan Khemah

3) Bantuan Kebersihan

4) Bantuan Pendidikan & Keceriaan.

5) Bantuan Umum

 

Tarikh tutup sumbangan : 5 November 2017 

 

Cara Membuat Sumbangan :

1) Datang Ke Pejabat Kami (sila tetapkan temujanji terlebih dahulu)

2) Secara Online mengunakan borang di bawah ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi kami di talian 9023 0044 / 8298 5485.

 

Untuk Sumbangan secara Internet Banking / Bank Transfer

POSB Saving Account: 188-19413-3

OCBC Current Account: 588-0-05439001

Maybank Singapore : 1413-4011-817

 

Please select preferred bank by ‘CLICK’ below icon to begin payment.

Maybank Logo2

Confirmation of Sponsorship/Donation

Kindly please fill sponsorship/donation details below once you have made the donation through local bank transfer or iBanking.

 

Isikan borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan setelah anda membuat pembayaran. Anda akan menerima pengesahan secara automatik setelah menghantar borang tersebut. Semudah itu.

 

DERMA IKHLAS

 

Verification

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” kempen ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Find Us on Facebook!