Projek Ihsan Ramadan

Projek Ihsan Ramadan Batam 2019

PROJEK IHSAN RAMADAN @ BATAM

Sumbangan Ikhlas Dari Anda

 

Apa yang menghalang anda untuk Bersedekah?

Bukankah dengan bersedekah menunjukkan kita berterima kasih kepada Allah s.w.t atas segala NIKMAT yang diberikanNya?

Tidakah Anda Ingin Menambahkan SAHAM AKHIRAT untuk Diri Anda?

 

Sedang kita sibuk menjamu selera dan beramah mesra bersama insan tersayang di bulan barakah ini, masih ada lagi saudara-mara dan segelintir golongan di dalam masyarakat kita yang tidak berkemampuan untuk menikmati juadah berbuka yang sempurna seperti kita.

 

Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi S.A.W.

 

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

 

Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. – HR Bukhari dan Muslim

 

Ayuh! Bersama kami!

Hidupkan syiar Islam dengan Bersedekah dengan tujuan memberikan keceriaan & senyuman kepada golongan yang susah di negara jiran sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Tidakah Anda Ingin Berterima Kasih Pada Allah?

Tidakah Anda Ingin Membantu Anak Yatim & Golongan Yang Susah?

Tahukah Anda Walaupun Sebahagian Dari Daging Kambing Memberikan Erti Yang Sangat Istimewa Bagi Mereka?

 

Bayangkan bertapa hebatnya pahala yang akan diraih apabila anda melakukan Sedekah?

Seluruh juadah iftar mempunyai nilai bagi mereka. Sehingga Tiada pembaziran berlaku.

 

“Bandingan (Sedekah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang  umbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”. (surah al-Baqarah ayat 261)

 

Selain itu, dengan BERSEDEKAH sebenarnya kita juga berusaha untuk mencari keberkatan dalam hidup. Yang penting adalah tujuan kita bersedekah dalam mencari keredhaan Allah di samping keikhlasan kita untuk menyebarkan sifat Ihsan bagi manfaat diri dan orang lain.

 

============================

BORANG DAFTAR DI BAWAH

============================

 

For Payment via Internet Banking / Bank Transfer

Untuk Pembayaran / Sumbangan secara Internet Banking / Bank Transfer

POSB Saving Account: 188-19413-3

OCBC Current Account: 588-0-05439001

Maybank Singapore : 1413-4011-817

PayNOW : 90230044

 

Please select preferred bank by ‘CLICK’ below icon to begin payment.

Maybank Logo2

Registration

Kindly please fill payment details below once you have made the payment through local bank transfer or iBanking.

Isikan borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan setelah anda membuat pembayaran. Anda akan menerima pengesahan secara automatik setelah menghantar borang tersebut. Semudah itu.

DERMA IKHLAS

 

Verification

 

Find Us on Facebook!