AQIQAH / NAZAR 2025
***********************
Maksud Aqiqah
Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Bukankah dengan ber-Aqiqah menunjukkan kita berterima kasih kepada Allah s.w.t atas NIKMAT dikurniakan anak?
Aqiqah adalah Sunnah Nabi
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.
Bila Aqiqah harus dilakukan?
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu baligh.
Perbezaan Korban & Aqiqah
Antara perbezaan korban dan aqiqah ialah:
- Daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak. Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:
“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” (maksud hadis)
- Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
- Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya manakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
- Tempoh menyembelih ternakan korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih ternakan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan boleh dibuat pada bila-bila hari yang sesuai.
- Tuntutan melakukan ibadah aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan ibadah korban ialah setiap tahun hijrah.
Maksud Nazar
Pada asasnya, nazar dari sudut bahasa membawa erti berjanji melakukan kebaikan atau kejahatan. Manakala dari sudut istilah, nazar ditakrifkan sebagai :
اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء
Maksudnya: “Mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak diwajibkan oleh syara’ (ke atas dirinya), sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.” (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘ie, 2/501)
Hukum melaksanakan tuntutan nazar adalah wajib sekiranya ia merupakan suatu amal ketaatan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.”
(Surah Al-Hajj: 29)
“Nazar adalah seseorang mengikat dirinya untuk melakukan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh agama, seperti seseorang berkata, ‘Aku berjanji untuk berkorban,’ atau ‘Aku akan bersedekah jika Allah menyembuhkan penyakitku.’ Ini dalam bentuk syarat kepada Allah Azza wa Jalla.
Allah SWT juga memuji terhadap golongan yang menyempurnakan nazar yang dilakukan oleh mereka dan sikap mereka yang takutkan kepada azab-Nya dengan berfirman:
يًوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا
Maksudnya: “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.”
(Surah al-Insan: 7)
Justeru, apabila sesuatu nazar tercapai, maka wajib untuk seseorang itu melaksanakan apa yang dinazarkannya. Walaubagaimanapun, jika nazar itu tidak tercapai, maka tiada kewajipan ke atas dia untuk melaksanakan apa yang dinazarkan tersebut.
Ayuh! Bersama kami!
Hidupkan syiar Islam dengan melaksanakan Ibadah Aqiqah / Nazar sambil memberikan keceriaan & senyuman kepada golongan yang susah di negara jiran.
Tidakah Anda Ingin Berterima Kasih Pada Allah?
Tidakah Anda Ingin Meraikan bersama Anak Yatim & Golongan Yang Susah?
Tahukah Anda Dengan Seekor Kambing Memberikan Erti Yang Sangat Istimewa Bagi Mereka?
Bayangkan bertapa hebatnya pahala yang akan diraih apabila anda melakukan Ibadah Aqiqah / Nazar?
Tambahan pula yang menerima daging tersebut adalah dari kalangan Anak Yatim & Golongan yang Susah.
Seluruh anggota dari kambing tersebut mempunyai nilai bagi mereka. Sehingga kepala, mata, jantung, hati, limpa dan kulit dari kambing tersebut direbut dan diharapkan dari mereka ini. Tiada pembaziran berlaku, insya Allah.
====================
Selain itu, dengan AQIQAH /NAZAR sebenarnya kita juga berusaha untuk mencari keberkatan dalam hidup. Yang penting adalah tujuan kita melaksanakan Aqiqah/Nazar dalam mencari keredhaan Allah di samping keikhlasan kita untuk menyebarkan sedekah bagi manfaat diri dan orang lain.
====================
PENDAFTARAN IBADAH KORBAN / AQIQAH / NAZAR
====================
For Payment via Internet Banking / Bank Transfer
Untuk Pembayaran / Sumbangan secara Internet Banking / Bank Transfer
POSB Saving Account: 188-19413-3
OCBC Current Account: 588–0-05439001
Maybank Singapore : 1413-4011-817
PayNow : 90230044
Registration of Korban/Aqiqah/Nazar
Isikan borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan setelah anda membuat pembayaran. Anda akan menerima pengesahan secara automatik setelah menghantar borang tersebut. Semudah itu.










